Breaking News
recent

Syatilla Melvin Sedia Memberikan Zuriat Kepada Shaheizy Sam

Bakal diijabkabulkan pada 8 Februari nanti, Syatilla Melvin menyatakan bahawa dia sudah bersedia melahirkan zuriat yang ramai kepada bakal suaminya, Shaheizy Sam, baru-baru ini.

“Awal (merujuk kepada Sam), kita sudah lama kenal dan melalui banyak hal bersama. Saya cuma nak ucapkan terima kasih kerana selalu ada dengan saya setiap masa. Terima kasih kerana selalu membuatkan saya gembira dan rasa bahagia”

“Terima kasih juga sebab kadang-kadang bertukar menjadi ‘jahat’, namun kasih sayang dan cinta itu tidak pernah terhakis. Semoga hubungan kita akan kekal sampai bila-bila. Saya berjanji akan memberikan anak kepada awak, umpamanya penuh satu pasukan di padang bola. Itu janji saya,” kata Syatilla kepada Sam.

Untuk pengetahuna anda, Sam dan juga Syatilla telah berkawan rapat selama enam tahun malah dia turut berharap agar perkahwinan mereka kekal sehingga ke Jannah.

Admin Bola

Admin Bola

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.