Breaking News
recent

Nazim Othman Dan Bella Dally Rancang Melangsungkan Perkahwinan Tahun Ini

Baru sahaja mengumumkan tentang pertunangannya bersama pelakon Bella Dally yang berlangsung pada 14 November tahun lalu di Sabah, Nazim Othman dalam masa yang sama turut menjelaskan bahawa mereka turut merancang majlis pernikahan pada tahun ini.

“Saya bukan sengaja hendak merahsiakannya (bertunang), apatah lagi ia hanyalah majlis bertunang. Insya-Allah bagi majlis pernikahan nanti, berita gembira itu akan dikongsi bersama”

“Sebenarnya, tarikh nikah pun belum ditetapkan lagi dan ia masih dalam perbincangan,” katanya sambil menyatakan jika semuanya mengikut perancangan, mereka akan disatukan sebagai suami-isteri pada tahun ini juga kepada BH Online.

Pasangan ini sudah mula rapat sekitar tiga tahun lalu, namun berpisah seketika pada 2014 dan kembali terjalin tahun lalu. Apa pun, peminat Nazim dan juga Bella sudah pun menyatakan rasa gembira mereka dan tidak sabar untuk menantikan majlis pernikahan selebriti kesayangan mereka ini.

Admin Bola

Admin Bola

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.