Breaking News
recent

Liyana Jasmay Selamat Melahirkan Anak Kedua

Tahniah kami ucapkan kepada Liyana Jasmay dan juga suaminya kerana telah selamat menimang cahaya mata kedua baru-baru ini di sebuah hospital swasta di ibu negara.

Walaupun belum berkongsi gambar cahaya mata keduanya itu, Liyana bagaimanapun telah berkongsikan gambar hidangannya yang kini sedang berpantang di Instagram malah dalam masa yang sama, peminat turut mengucapkan tahniah dan juga mendoakan yang terbaik buat Liyana sekeluarga.

Sebelum ini Liyana dan suaminya telah dikurniakan anak perempuan bernama Sofia Arissa. Semoga keluarga ini akan terus dilimpahi rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Pastinya Liyana akan berkongsikan gambar anaknya apabila tiba masa yang sesuai nanti.

Admin Bola

Admin Bola

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.