Breaking News
recent

Farah Asyikin Sah Bercerai Talak Satu

Farah Asyikin dan suami, Zaahier Stanley sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah, hari ini. Hakim, Umamuddin Yunus telah merekodkan perceraian itu yang dilakukan secara tebus talak sebanyak RM100 dan dilafazkan oleh hakam yang dilantik mahkamah.

Hakam adalah jawatankuasa yang dilantik mahkamah untuk menasihati suami melafazkan talak tetapi sekiranya suami masih enggan hakam akan melafazkan talak bagi pihak suami.

Farah Asyikin memfailkan perceraian mengikut Seksyen 47 dan 48 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, pada Oktober dua tahun lalu.

Farah dan Zaahier berkahwin pada 15 Februari 2013 di kediaman keluarga Farah di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur dan dikurniakan seorang anak lelaki, Ebrahim Owais yang kini berusia setahun sembilan bulan.

Admin Bola

Admin Bola

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.