Breaking News
recent

Nas-T Sahkan Nikah Jumaat Lalu

Pelakon Nas-T mengesahkan sudah bernikah dengan selebriti Instagram (Instafamous) iaitu Atita Haris pada Jumaat lalu.

Nas-T atau nama sebenarnya Nas Muammar Zar Nasruddin bagaimanapun enggan mendedahkan mengenai perkahwinan itu sebaliknya akan berbuat demikian pada sidang media khas yang akan dianjurkan pada Rabu ini.

"Benar saya dan Atita sudah bernikah Jumaat lalu. Tetapi saya tidak boleh jelaskan dengan lebih terperinci mengenai perkara ini. Tunggu sidang media nanti," katanya yang dihubungi mStar Online pada pagi Isnin.

Nas-T berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai khabar angin yang mengatakan dia dan Atita sudah bernikah Jumaat lalu.

Selain itu, Nas-T turut telah mengubah status profil di akaun Facebook miliknya sebagai mod sudah berkahwin.

Dalam pada itu, Nas-T berkata dia tiada niat untuk merahsiakan perkahwinan itu, sebaliknya mahu semua pihak termasuklah pengamal media mendapat tahu serentak menerusi sidang media khas yang akan dianjurkan.

"Kalau boleh saya mahu semua orang mendapat berita ini serentak untuk berlaku adil," ujarnya.

Perkenalan Nas-T dan Atita bermula apabila pemilik sebuah produk yang melantik mereka sebagai duta memperkenalkan mereka atas sebab kedua-duanya masih lagi solo pada tahun lalu.

Nas-T sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Nabila Huda. Atita pula merupakan seorang janda anak satu.

Admin Bola

Admin Bola

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.