Breaking News
recent

Aizat Bercinta Dengan Aisyah Aziz?

Walaupun jarang muncul di media tempatan nama Aizat Hamdan sentiasa mendapat tempat di hati peminatnya. Baru-baru ini penyanyi lelaki ini dikhabarkan mempunyai hubungan bersama Aisyah Aziz namun sejauh mana kebenaran perkara tersebut masih tidak dapat dipastikan.

Mengikut sumber, mereka berdua sentiasa keluar bersama dan dikhabarkan mempunyai hubungan yang intim. Perkara tersebut dinafikan oleh Aizat yang memaklumkan dia dan gadis dari Singapura itu memang ada keluar bersama namun hanyalah sebagai rakan sekerja.

Sesiapa pun yang datang ke studio miliknya akan diajak makan bersama sejurus selesai urusan kerja di Studio dan perkara tersebut diharapkan tidak disalah faham oleh mereka di luar sana. Tambah Aizat, buat masa ini, dia masih lagi belum mempunyai kekasih hati namun memberitahu wanita yang mempunyai minat yang sama dengannya, sependapat dan beriman adalah ciri-ciri wanita idaman.

Mengenai perkembangan semasa pula, Aizat bakal terlibat dengan projek Gegar Aizat 2016. Selain ingin mencari kelainan, penyanyi ini bakal menghasilkan menghasilkan sebuah lagu setiap bulan yang akan dibuat sehingga akhir tahun ini. Bukan itu saja, satu konsert khas untuk peminat bakal dilangsungkan pada awal tahun 2017 bagi meraikan 10 tahun penglibatan dirinya didalam bidang seni suara.

Admin Bola

Admin Bola

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.