Kata Raha, selama ini dia berniaga dengan menjual rempeyek untuk menyara hidup anak-beranak. Namun, dia akui bekas suaminya itu ada memberi wang belanja tetapi tidak cukup untuk mereka enam beranak.
“Saya percaya ini adalah jalan yang terbaik dan saya rasa lega serta tidak menyesal. Saya berharap agar semua pihak tidak lagi menuduh yang bukan-bukan terhadap saya dan keluarga,” kata Nor Raha kepada Utusan Malaysia.
Sekali gus Nor Raha menafikan isu reunion sekolah dikatakan menjadi punca utama seperti mana yang digembar-gemburkan dan juga bukan kerana kehadiran orang ketiga.
Salih dan Nor Raha telah berumah tangga selama 23 tahun.
No comments:
Post a Comment