Breaking News
recent

Giliran Maya Matahari Pula Bercerai

Sebelum ini, pelakon dan juga penyanyi Maya Matahari pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia dan suami, Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz tidak duduk serumah dan baru-baru ini melalui Berita Harian, Maya menjelaskan dia sudah bercerai talak satu pada 17 Ogos tahun lalu.

“Apabila kisah artis bercerai disajikan bersilih ganti, ada pula pihak yang melihat ia seperti aliran semasa. Inilah yang menjadi antara alasan saya berdiam diri sebelum mengumpul kekuatan merungkai kebenaran yang sudah tertulis,” katanya. Selain melihatkan komen pedas individu luar di laman sosial yang membuatkan dia terkesan, pada masa yang sama ibunya juga berdepan masalah kesihatan membuatkan dia mendiamkan diri terlebih dahulu mengenai kisah rumahtangganya itu dan memendam perasaan.

Selain itu, perpisahan dengan bekas suami itu juga turut membuatkan dirinya menjadi lebih dewasa dan lebih mengenali hati budi orang serta mematangkan dirinya. Apa pun, semoga Maya tabah menghadapi dugaan kehidupan.

Admin Bola

Admin Bola

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.