Breaking News
recent

Marsha Milan Selamat Diijabkabulkan Bersama Mohamed Shaiful

Tahniah kami ucapkan kepada Marsha Milan Londoh kerana telah selamat diijabkabul bersama pilihan hatinya Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail dengan sekali lafaz di kediaman pengantin lelaki di Green Lane, Pulau Pinang.

BACA: Marsha Milan Akui Sudah Peluk Islam, Nikah Khamis Ini

Marsha sebelum ini telah mengakui bahawa dirinya sudah memeluk Islam beberapa minggu lepas. Marsha menjelaskan dia telah bertunang dengan bakal suaminya itu pada 14 Disember lalu di Sabah dalam satu majlis sederhana.

Semoga ikatan pernikahan ini nanti membawa bahagia hingga ke akhir hayat. Kami kongsikan beberapa keping di sekitar majlis pernikahan pasangan ini.

Admin Bola

Admin Bola

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.