Breaking News
recent

Marsha Milan Akui Sudah Peluk Islam, Nikah Khamis Ini

Menjawab segala persoalan mengenai sama ada dirinya sudah memeluk Islam atau belum, Marsha Milan menjelaskan dia sudah memeluk agama Islam beberapa minggu lalu selain bakal bernikah dengan Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail, seorang ahli perniagaan pada Khamis ini.

“Ya saya sudah memeluk agama Islam. Segalanya berjalan lancar seperti apa yang dirancang. Apa yang saya harapkan penghijrahan saya ini tidak disensasikan kerana ia terlalu peribadi buat saya”

“Apa yang saya mohon di sini jangan dihebohkan perkara ini kerana semuanya sudah selesai demi menghormati kedua belah pihak. Saya memilih untuk lebih berdiam diri dari berbicara tentang perancangan perkahwinan saya kepada pihak media kerana ada banyak hal yang kami perlu uruskan sebelum ini”

“Setelah mencapai kata sepakat diantara keluarga dan beberapa perkara sudah disahkan barulah kami bersedia memberi jawapan yang pasti kepada umum. Saya sangat gembira sekali dengan penyatuan ini. Apa yang saya harapkan, majlis yang bakal berlangsung nanti berjalan lancar dan menjadi kenangan terindah buat saya dan keluarga kami,” jelasnya.

Marsha menjelaskan dia telah bertunang dengan bakal suaminya itu pada 14 Disember lalu di Sabah dalam satu majlis sederhana dan bakal mengadakan majlis pernikahan pada Khamis ini di Pulau Pinang iaitu lokasi tempat tinggal keluarga pihak lelaki.

Admin Bola

Admin Bola

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.