Breaking News
recent

Suspek Menangis Teresak-Esak Meratap Pemergian Kekasih

BAYAN LEPAS: Suspek yang merupakan teman lelaki kepada pelajar tingkatan 5 yang maut dikelar dikatakan telah berlakon menangis dan meratap dengan pemergian teman wanitanya itu bagi mengaburi mata orang ramai dan pihak berkuasa.

Namun tindakannya itu tidak berjaya selepas lakonannya itu berjaya dikesan oleh ahli keluarga sebelum membongkarnya sebagai dalang yang menyebabkan kematian Intan Suraya Mawardi malam kelmarin.

Menurut ibu saudara mangsa, dia melihat suspek datang ke lokasi kejadian dengan menangis teresak-esak dan meratapi pemergian kekasihnya itu.

Namun gerak gerinya yang mencurigakan menyebabkan ahli keluarga mangsa mengesyaki sesuatu sebelum memaklumkan perkara itu kepada polis.

"Suspek datang ke rumah mangsa dan menangis..Dia juga minta untuk masuk ke dalam bagi melihat mangsa namun saya tidak benarkan kerana bimbang akan mengganggu siasatan polis.

"Bagaimanapun tidak lama kemudian beberapa jiran memaklumkan kepada saya yang lelaki berkenaan sebelum ini pernah dilihat mengganggu dan sering dilihat menunggu mangsa di luar rumah," katanya dipetik laporan Sinar Harian.

BACA: Mayat Pelajar Perempuan Ditemui Dengan Kesan Kelar Di Leher

Selepas siasatan dilakukan, pihak polis mendapati lelaki berkenaan dipercayai terlibat dengan pembunuhan itu.

Menurutnya, lelaki itu juga mengaku melakukan perbuatan kejam terhadap mangsa dan menyerahkan beberapa barangan yang menjadi bahan bukti.

"Sekarang ini perkara itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Kami berharap hukuman setimpal dikenakan terhadapnya," katanya.

Semalam, suasana pilu menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Masjid Ridwaniah Sungai Batu di sini apabila ratusan ahli keluarga dan rakan sekolah mangsa berkumpul bagi menghadiri pengkebumiannya.

Jenazah disembahyangkan dan selamat dikebumikan kira-kira jam 5 petang.
Admin Bola

Admin Bola

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.