Breaking News
recent

Miera Leyana Nafi Bercinta Dengan Afiq Muiz

Pelakon Miera Leyana menjelaskan baru-baru ini bahawa dia dan juga pelakon Afiq Muiz tidak mempunyai sebarang hubungan selain memberi amaran agar Afiq tidak berterusan mengaitkan dirinya tentang kisah cinta fantasinya itu.

BACA: Afiq Muiz Mengaku Cintai Miera Leyana

“Saya terkejut bila Afiq sanggup buat kenyataan begitu. Tidak ma­suk akal jika kami bercinta sedangkan hubungan kami tidak lebih daripada sekadar rakan sekerja. Kami mula rapat sebagai rakan sewaktu di set penggambaran drama Memori Cinta Suraya. Tambahan pula, bila timbul isu ini, saya rasa kurang selesa,” katanya dipetik daripada Utusan Malaysia.

Kata Miera yang sebelum ini pernah terpalit dengan beberapa kisah kontroversi, dia tidak mahu lagi mencalarkan nama baik­nya dengan gosip murahan.

“Saya belajar daripada kesilapan lalu. Kalau boleh saya tak mahu mengulangi kesalahan yang sama. Saya harap semua pihak memberi ruang dan peluang untuk saya memperbaiki kelemahan,” jelasnya.

Admin Bola

Admin Bola

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.