Breaking News
recent

Tonton Maharaja Lawak Mega 2016 Online

Maharaja Lawak Mega merupakan sebuah program realiti bersiri terbitan Astro, arahan APSB/Homegrown yang menggabungkan pelawak-pelawak dan pelakon komedi profesional terbaik dari Malaysia, Singapura dan Indonesia untuk melahirkan seorang pelawak serba boleh dalam mencetuskan sebuah komedi pentas terunggul serta platform memperkembangkan jenaka mereka ke tahap yang lebih tinggi.

Dato' AC Mizal bakal menggalas tugas sebagai pengacara Maharaja Lawak Mega 2016.

Penyertaan pelawak adalah bebas (terbuka kepada semua pelawak), mereka boleh membentuk kumpulan sendiri samaada kumpulan sedia ada atau membentuk gabungan baru yang lebih hebat (kumpulan baru), serta beraksi secara solo.

Pemilihan pelawak juga berdasarkan kepada pilihan pihak produksi dan cabaran Hot Seat bagi melengkapkan jumlah senarai teratas.

4 orang juri tetap yang akan mengadilinya setiap musim ini berlainan latarbelakang, gabungan juri dari tiga buah negara semestinya menarik perhatian dan penuh dengan kejutan.

70% undian mereka disalurkan melalui juri tetap manakala 30% lagi adalah daripada undian penonton. Siapakah pelawak yang bakal menjadi paling terbaik di mata penonton?. Maharaja Lawak Mega 2016 akan bersiaran pada 29 Januari 2016, hari Jumaat menerusi saluran Astro Warna (saluran 132) dan Astro Mustika HD (saluran 134) sekaligus menjadikan hari Jumaat sebagai hari rasmi penyiaran rancangan ini.

Tonton Maharaja Lawak Mega 2016 Online

Minggu 1 Minggu 2 Minggu 3 Minggu 4 Minggu 5
Minggu 6 Minggu 7 Minggu 8 Minggu 9 Minggu 10
Minggu 11 Minggu 12
Admin Bola

Admin Bola

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.