Breaking News
recent

Syatilla Melvin, Shaheizy Sam Bakal Nikah Februari Ini?

Enggan memberikan kata putus mengenai status hubungannya bersama Shaheizy Sam, Syatilla Melvin menyerahkan perkara tersebut kepada pihak lelaki untuk memberi kenyataan mengenai perkara tersebut.

Sementara itu, menurut sumber ruangan Zass di dalam Sinar Harian, kedua-dua pelakon ini akan mendirikan rumah tangga sekitar awal Februari ini di Pulau Pinang. Sebelum ini, heboh khabar angin mengatakan bahawa Sam sudah pun membuat persiapan untuk majlis pada Disember lalu.

“Saya tak pasti (isu sidang media). Saya tak ada pula perancangan untuk adakan sidang media. Pasal perkahwinan, saya tak nak cakap apa-apa. Biarlah pihak lelaki yang beri kenyataan mengenai perkara ini,” kata pelakon wanita berkenaan kepada Sinar Harian.

Apa pun, jika benar perkhabaran yang disampaikan ini, semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan Sam dan juga Syatilla.

Admin Bola

Admin Bola

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.