Breaking News
recent

Sara Ali Tampil Imej Baru Berhijab, Alhamdulillah

Sebelum ini, komitmen terhadap watak digalas menghalang pelakon Sara Ali menunaikan niat menutup aurat dengan bertudung.

Menjawab persoalan beberapa keping gambarnya di laman Instagram yang tampil bertudung sejak kebelakangan ini, Sara mengesahkan dia kini sudah berhijab.

Menurut pelakon filem Songlap itu, hasratnya untuk bertudung sudah lama. Akhirnya ia dipermudahkan pada tahun 2016 yang jelas membawa sinar baru buat hidupnya. "Selama ini saya tak bertudung demi periuk nasi dan kelangsungan hidup di dalam dunia seni.

Ia pilihan sendiri. Bagaimana pula jika saya bertudung dan persoalan susah untuk cari makan mula bermain di fikiran. "Tetapi tanpa desakan sesiapa saya bulatkan hati untuk bertudung. Saya percaya ini terjadi atas "desakan-Nya", katanya.

Sara juga memberitahu, dia sudah menubuhkan syarikat dipanggil HMEO Holdings Sdn Bhd. "HMEO bermaksud Help Muslim Each Other. Syarikat ini bertujuan menolong orang Islam dan orang Melayu termasuk melatih ramai usahawan baru.

Ia bermula sejak tahun lalu dan baru dilancarkan pada tahun ini," katanya. Sekalipun sudah bertudung, ia takkan menutup minat Sara atau nama penuhnya, Siti Sara Hairi Ali ini untuk terus berada di arena seni. Cuma kini Sara sudah membayangkan dirinya bukan lagi di atas kapasiti pelakon sebaliknya mahu duduk di kerusi pengarah.

"Jika industri seni masih mahu saya berlakon tapi dengan cara kini (bertudung), saya terima. Jika sebaliknya tak apa. Lakonan sudah sebati dalam diri.

"Industri ini yang buatkan saya lakukannya demi duit. Jiwa memberontak. Jadi saya takkan berhenti dan anggap inilah permulaan untuk buka langkah baru yang lebih baik.

"Dengan syarikat HMEO sahaja saya boleh mencari dana sendiri tanpa perlu bergantung dengan orang lain. Saya memang dah tak nampak diri ini akan berlakon lagi. Saya memang nak mengarah. Ia sudah lama dipendam," katanya.

Admin Bola

Admin Bola

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.