Breaking News
recent

Rita Rudaini Menasihati Fasha Sandha Supaya Tabah

Sebagai rakan artis, Rita Rudaini turut bersimpati dengan nasib Fasha Sandha, 32, yang bercerai dengan Rizal Ashram Ramli, 40, atau Jejai, semalam.

Memetik laporan Harian Metro, ibu tunggal anak dua ini berkata dia turut bersedih dan memahami perasaan Fasha kerana da juga pernah melalui situasi tersebut.

"Apabila mendapat tahu khabar itu semalam, saya turut bersedih. Saya pernah melalui situasi sama apatah lagi memiliki dua anak kecil ketika bercerai.

"Membesarkan anak yang masih kecil seorang diri sangat mencabar. Jadi saya berharap Fasha kuat," katanya.

Kata Rita, dia turut mengikuti perkembangan berkenaan gosip rumah tangga Fasha sejak tahun lalu. Bagaimanapun dia mengharapkan tidak berlaku perceraian sebaliknya mahu Fasha pertahankan perkahwinan mereka dalam apa cara sekalipun.

Sebagai rakan artis, Rita mahu Fasha tabah dan cekal meneruskan kehidupan sebagai ibu tunggal.

"Saya berdoa semoga dia tabah. Kalau boleh jangan fikir masalah lain, sebaliknya mula berfikir masa depan anak-anak," katanya.

Admin Bola

Admin Bola

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.