Breaking News
recent

Mahkamah Perintah Adira Dan Suami Kemuka Bukti Perkahwinan Mereka Di Thailand

Mahkamah Tinggi Syariah memerintahkan penyanyi Adira dan suaminya, Datuk Seri Adenan Abu memfailkan bukti-bukti pernikahan mereka di Songkhla, Thailand, yang berlangsung pada 3 Disember tahun lepas.

Menurut peguam syarie yang mewakili pasangan berkenaan, Irsamuddin Ikhsan berkata, mahkamah masih memerlukan salinan asal selain bukti pernikahan mereka di Thailand.

"Ketika kami memfailkan dokumen yang diperlukan, pihak mahkamah ingin melihat salinan asal bukti pernikahan berkenaan. Walaupun kami sudah melampirankan semua bukti.

"Jadi akan sediakan dokumen tersebut untuk perbicaraan akan datang," jelasnya.

Selain itu juga, Adenan berharap agar kes ini dapat diselesaikan dengan cepat dan boleh melangsungkan resepsi perkahwinan di kampung Adira, Kota Kinabalu, Sabah.

Admin Bola

Admin Bola

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.