Breaking News
recent

Fasha Sandha Mengaku Sedang Bersedih

Sejak beberapa minggu lalu, status rumah tangga pelakon popular, Fasha Sandha dan suaminya, Jejai, hangat diperkatakan. Pernah muncul dalam beberapa majlis, Fasha sering mengelak apabila diajukan pertanyaan mengenai perkahwinannya.

Terbaharu, ketika menghadiri majlis resepsi perkahwinan Kavita Sidhu dan suaminya, Roberto Guiati di sebuah hotel mewah di ibu negara, Jumaat lalu, Fasha yang hadir tanpa suami di sisi, mengelak soalan sama.

Pada majlis itu, Fasha duduk bersebelahan Pengarah Urusan Nouvelle Visages, Rita Datuk Susilawati. Sehingga hari ini, baik Fasha mahupun Jejai, masing-masing mengunci mulut mengenai kedudukan rumah tangga mereka.

Namun, tindakan Fasha memuat naik video di laman Istagram semalam menambah lagi 'drama' dalam kemelut rumah tangga aktres jelita ini. Pada paparan itu, Fasha mengaku sedang bersedih. Namun, ibu dua anak itu mendakwa, dia kurus bukan kerana bersedih.

"Jangan salah anggap bahawa saya kurus kerana bersedih. Saya kurus kerana tak makan malam. "Ya betul, memang saya sedang bersedih. Tetapi saya seorang wanita yang tabah dan kuat. Saya tidak akan tunjukkan kesedihan saya. Sebagai wanita jangan jadikan alasan bersedih untuk menjadi 'serabai' dan tidak terurus. "Kehidupan perlu diteruskan. Sebagai wanita kita harus berdikari setiap waktu," katanya.

Status itu menarik perhatian Netizen yang mengandaikan pelbagai perkara yang dihadapi Fasha dalam konteks rumah tangga dan hubungannya dengan Jejai.

Amalkan pengambilan kolagen

Fasha turut berkongsi rahsia kurus dengan mengamalkan produk kesihatan miliknya, Jemyma Official. "Saya tak makan malam, saya gantikan dengan kolagen Seputeh Salju. Ia bukan sahaja menjadikan kulit saya lebih cantik malah perut saya sentiasa kenyang.

"Saya minum dua kali sehari," katanya.

Fasha dan Jejai berkahwin pada April tahun 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Putra Rayfal dan Raysha Jemyma.

Admin Bola

Admin Bola

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.