Breaking News
recent

Che Ta Cadang Belikan Nissan GT-R Untuk Anak Kedua

Jika sebelum ini Che Ta pernah menghadiahkan anak sulungnya sebuah kereta mewah jenis BMW oleh kerana berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kini pelakon ini turut bercadang mahu membelikan kereta jenis Nissan GT-R untuk anak keduanya, Aniq Ezzra.

“Aniq mahu dibelikan kereta Nissan GT-R. Jadi, saya cakap boleh jika dapat 9A1 dalam SPM. Insya Allah, saya yakin dia mampu memperoleh keputusan begitu memandangkan keputusan percubaan SPM lalu mencapai sasaran”

“Dulu saya tidak menikmati seperti anak saya dapat hari ini. Jadi, apabila saya diberikan rezeki lebih, tidak salah jika saya berbelanja untuk mereka. Namun, untuk mendapatkan apa diinginkan, mereka perlu berusaha,” jelasnya kepada Harian Metro.

Perkara sebegini pastinya mengundang pelbagai pendapat sama ada negatif atau positif daripada pihak peminat. Apa yang pasti, setiap ibu bapa mahu berikan yang terbaik untuk anak-anak, asalkan si anak mampu menjaga ibu bapa bila di saat memerlukan nanti.

Admin Bola

Admin Bola

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.