Breaking News
recent

Ustaz Mahu Melamar Siti Nordiana

“Kalau benar ada orang yang mahu melamar saya, buat masa sekarang saya tak akan terima kerana mahu memberi tumpuan kepada kerjaya nyanyian dan anak. Saya belum bersedia untuk bergelar isteri semula, malah saya selesa dengan kehidupan sekarang,” kata Siti Nordiana Alias, 31 atau Nana ketika ada khabar angin dia dirisik oleh seorang ustaz.

“Setakat ini saya bahagia hidup sendiri sambil membesarkan anak tunggal saya, Mohd Rayyan Nakhaie yang kini berusia tujuh tahun. Jelas Nana, dia ada terdengar daripada kawan-kawan ada ustaz mahu melamarnya tetapi menganggap itu semua hanya gurauan.

TONTON: Konsert Gegar Vaganza

“Sejak kembali solo enam tahun lalu, belum terbuka hati untuk berkahwin lagi. Kawan-kawan memang suka mengusik dan saya tak ambil serius pun,” katanya.

Menerusi program Gegar Vaganza musim kedua yang bakal melabuhkan tirai pada 13 Disember ini, Nana membuktikan dia bukanlah ‘penyanyi kampung’ seperti yang dilabel beberapa pihak.

Sepanjang lapan minggu berentap, anak jati Negeri Sembilan itu membuka mata orang ramai bahawa dia penyanyi serba boleh.

Admin Bola

Admin Bola

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.