Breaking News
recent

Siti Nurhaliza Langgar Pantang Demi Sahabat

Malam tadi telah diadakan majlis meraikan ulangtahun ke 10 Rizman Ruzaini bertempat di Muzium Negara Kuala Lumpur.

Ramai artis yang hadir seperti Erra Fazira, Rozita Che Wan, Ziana Zain, Anuar Zain, Fazura, Ning Baizura, Elfira Loy, Cik Puan Azhrinaz dan ramai lagi.

Namun paling istimewa sudah pastilah kehadiran Datuk Siti Nurhaliza yang ditunggu-tunggu.

"Siti memang tengah pantang. Kat rumah pakai kain batik, rambut ikat tocang, boring tak buat apa di rumah. Tapi Siti nak datang juga sebab nak meraikan majlis ini untuk sahabat Siti," jelasnya kepada audien.

Siti menyanyikan sebuah lagu iaitu 'Kenangan Terindah'. Sempat juga Siti catwalk dengan baju yang diperagakannya. Datuk Aliff Syukri telah membeli baju yang dipakai oleh Datuk Siti itu dengan harga dirahsiakan.

Selepas persembahan Siti terus pulang ke rumah untuk teruskan berpantang.

Di Instagram Erra Fazira juga, Siti telah dinasihatkan oleh kakaknya itu supaya teruskan berpantang dan menjaga kesihatan.

Admin Bola

Admin Bola

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.