Breaking News
recent

Rita Temui Cinta Baru?

Tindakan Rita Rudaini memuat naik gambarnya berserta kapsyen Cinta Tanpa diundang menerusi Instagram miliknya, memberikan gambaran seolah-olah empunya diri sedang dilamun cinta.

Malah rata-rata pengikutnya, berkongsi kegembiraan serta mendoakan terbaik untuknya.

Lebih ketara apabila, ahli keluarganya sendiri yang dikenali sebagai Cik Ala, turut memberi komen yang mengesahkan lagi pelakon jelita itu sedang jatuh cinta.

"Makan tak lalu, mandi tak basah, tidur tak lena adik kami ni. Nampaknya hati sedang berbunga-bunga.” Demikian komen ahli keluarganya itu.

Ketika diminta mengulas mengenai perkara tersebut, Rita berkata, buat masa sekarang dia masih belum sedia untuk berkongsi mengenai perkara itu. Bagaimanapun, ibu kepada dua anak ini sedia berkongsinya apabila tiba masa sesuai nanti. “Insya-ALLAH nanti sampai masa, saya akan cakap,”

Cinta datang tanpa di undang....😍 ermmm ☺️☺️😍😍😍

A photo posted by rita rudaini (@ritrud727) on


Admin Bola

Admin Bola

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.