Breaking News
recent

Rita Rudaini Bakal Tamatkan Zaman Solo?

Dua kali rumah tangga yang dibina bersama insan tersayang berakhir tanpa penamat yang indah. Malah, kemelut rumah tangga keduanya bersama bekas suami, Aidil Zafuan paling mencuri perhatian terutama kisah turun naik Mahkamah Syariah yang bagai tidak berkesudahan.

Pendek kata, ibu kepada Airit Rayyan Rizqin yang berusia enam tahun dan seorang lagi cahaya mata berusia empat tahun, Airit Qaqa Arjuna ini terus menjadi perhatian ramai. Rita pernah mengakui selepas dikecewakan, hatinya tertutup untuk berkahwin lagi. Baginya, soal kahwin bukan lagi keutamaan.

Sebaliknya, Rita mahu membesarkan anak dengan menyara hidup hasil daripada kegiatan seninya. Namun, itu dulu. Hati manusia sentiasa berubah dengan pendirian berbeza. Melihat perkongsian aktres jelita ini pada laman Instagram sejak seminggu lalu, nampaknya, prinsip hidupnya yang selama ini enggan menagih cinta sudah menjadi sebaliknya. Jelas, Rita sedikit demi sedikit terbuka berkongsi kisah di sebalik kamar hati yang bagai sudah mula diketuk orang.

Bagaimanapun, identiti jejaka terbabit masih menjadi tanda tanya. Rita, ketika diusik BH Online mengenai kemungkinan bakal menamatkan zaman solo tak lama lagi, hanya memberi senyuman penuh makna.

"Sampai waktunya, saya akan bercerita," katanya.

Sementara itu, semakan pada laman Instagram pelakon jelita ini memperlihatkan wanita ini bagai sedang asyik dibuai cinta. Keterangan gambar seperti 'Kamu yg ku tggu...💕'; 'Cinta dtg dgn senyuman...💕'; 'Perkara yang terbaik berlaku tanpa diduga' dan 'Saya tak berniat untuk jatuh cinta lagi tetapi kamu memudahkan semuanya'; 'Kamu...di kirim tuhan utk melengkapi ku...💕' yang dilengkapi foto cukup membayangkan emosi yang dilalui Rita ketika ini.

Berikut beberapa gambar dari Instagram Rita Rudaini.

Kamu...di kirim tuhan utk melengkapi ku...💕

A photo posted by rita rudaini (@ritrud727) on


Cinta dtg dgn senyuman...💕

A photo posted by rita rudaini (@ritrud727) on


Kamu yg ku tggu...💕

A photo posted by rita rudaini (@ritrud727) on

Admin Bola

Admin Bola

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.