Breaking News
recent

Nur Fazura Mahu Persiapkan Diri Sebelum Berkahwin

Pelakon jelita Nur Fazura yang membintangi filem ‘Langit Cinta’ memberitahu bahawa dia akan berkahwin sekiranya sudah cukup bersedia. Baginya perkahwinan Itu satu komitmen dan seseorang wanita Itu perlu bersedia dari semua aspek.

“Kahwin ini satu komitmen, kena persiapkan diri dahulu sebelum berkahwin. Saya harap bila berkahwin boleh fokus untuk membina sebuah keluarga,” katanya yang ditemui di Majlis Tayangan Filem ‘Langit Cinta’ malam kelmarin.

Tambahnya lagi, dia akan berkahwin sekiranya sudah mencapai apa yang diidamkannya selama ini.

“Kalau boleh saya nak capai dahulu apa yang diidamkan barulah boleh fikir pasal kahwin,” ujarnya.

Dalam pada itu, Fazura yang pertama kalinya berlakon sebagai gadis kampung dalam filem ‘Langit Cinta’ arahan Osman Ali nyata memberikan lakonan yang terbaik buat filem tersebut. Filem ‘Langit Cinta’ yang diadaptasi ke novel bakal menemui peminat pada 7 Januari 2016.

Admin Bola

Admin Bola

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.