Breaking News
recent

Nabila Huda Bakal Berkahwin Bulan Ini

Tidak berselindung mengenai hari bahagianya, aktres berbakat besar, Nabila Huda mengakui akan menamatkan zaman solonya pada bulan ini.

Bagaimanapun atas beberapa sebab, pelakon yang cukup cemerlang beraksi di pentas teater Bawang Putih Bawang Merah arahan Erma Fatima serta A Aris A Kadir sebagai Nenek Kebayan baru-baru ini memberitahu tidak boleh mendedahkan secara terperinci butiran majlisnya. Ia termasuklah mengenai tarikh dan siapa gerangan bakal suaminya.

"Insya-Allah memang saya akan berkahwin bulan ini. Tapi kita tidak tahu apa-apa boleh terjadi menjelang hari bahagia berkenaan. Doakan yang terbaik. Kalau ia jadi kenyataan saya takkan berahsia. Malah saya tak akan lupa menjemput rakan media dan teman,".

Nabila Huda sudah mengedarkan kad kahwinnya yang bakal berlangsung bulan ini. - Foto Instagram

Menurut anak kepada rockers kumpulan Search itu, dia bagaimanapun berharap orang di luar sana tidak berharap yang keterlaluan mengenai bagaimana majlisnya bakal berlangsung kelak. "Saya mahukan majlis seringkas boleh. Sebagaimana orang melihat saya di alam realiti, sebegitu juga saya menggambarkan rencana majlis kahwin saya.

Cukup dijalankan apa yang wajib," kata ibu tunggal kepada Keisha Laila itu. Nabila sebelum ini pernah berkahwin dengan Zaidi Zailani pada Disember 2008. Mereka bercerai tiga tahun selepas itu.

Admin Bola

Admin Bola

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.