Breaking News
recent

Marsha Bakal Nikah Januari Tahun Hadapan

Melalui perkongsian gambar kad jemputan perkahwinan daripada forum CARI, khabarnya pelakon Marsha Milan Londoh bakal menamatkan zaman bujangnya pada 8 Januari tahun hadapan.

Sehingga kini, tiada lagi kenyataan rasmi daripada empunya badan bagaimanapun rata-rata yang mengetahui perkara berkenaan mengucapkan tahniah berikutan perkahwinan itu.

Sebelum ini Marsha pernah menyatakan mengenai pendiriannya untuk tidak memberitahu semua perkara kepada pihak media berikutan dakwaan bahawa dia kini sudah memeluk agama Islam.

“Saya minta maaf, saya tidak dapat berkongsi sepenuhnya kepada semua. Apa pilihan hidup saya, siapa diri saya selepas ini dan siapa yang akan gembirakan saya, itu adalah hak saya”

“Bagi saya, setiap orang punyai privasi hidup masing-masing, malah saya juga perlu menghormati setiap hati dan perasaan sebelum membuat sebarang kenyataan,” jelasnya terdahulu. Apa pun, semoga ikatan yang bakal terjalin ini akan sentiasa membawa sinar bahagia kepada Marsha dan juga pasangan.

Admin Bola

Admin Bola

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.