Breaking News
recent

Marion Caunter Perjelas Kenapa Masih Sambut Hari Krismas

Tidak mahu peminat dan juga orang ramai terus mempertikaikan tindakannya yang masih lagi menyambut hari Krismas, pengacara televisyen, Marion Counter mempunyai sebab tersendiri mengapa dia masih lagi meraikan perayaan tersebut.

Melalui perkongsiannya di laman Instagram, Marion menyedari ramai di antara orang di luar sana yang memperkatakan mengapa dia masih lagi menyambut Krismas sedangkan dia sudah memeluk Islam.

Menurut Marion, dia sudah dibesarkan oleh keluarganya selama 29 tahun sebagai seorang penganut Katholik dan perkara tersebut adalah bagi menghormati keluarganya. Malah pengacara yang juga berdarah kacukan Cina ini juga turut sama meraikan sambutan tahun baru Cina.

Apa yang disampaikan oleh Marion tidak jauh bezanya daripada apa yang telah dijelaskan oleh Stacy AF dan juga Maya Karin. Hanya mereka yang berada di dalam situasi yang sama akan mengerti tentang apa yang mereka lakukan.

Admin Bola

Admin Bola

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.