Breaking News
recent

Jaclyn Victor Selesa Kongsi Gambar Anak Di Media Sosial

Penyanyi bersuara lantang, Jaclyn Victor mengakui selesa berkongsi foto anaknya, Jonah Joshiah Rivera yang kini berusia tiga bulan di laman sosial.

Katanya, situasi itu didorong dengan statusnya kini iaitu seorang ibu. “Sebenarnya, ia terpulang kepada mana-mana individu untuk mendedahkan gambar anak masingmasing di laman sosial.

“Sebelum ini, saya juga pernah terfikir untuk tidak mahu memuatkan gambar anak di laman sosial.

“Namun, sejak bergelar ibu, perasaan mahu berkongsi gambar anak dengan peminat menjadi lebih terbuka,” katanya. Bahkan, pemilik nama penuh Jaclyn Joshua Thanaraj Victor ini mengakui kehadiran Jonah melengkapkan hidupnya.

“Seronok menjadi ibu. Hidup saya lebih tenang. Rasa sangat bahagia. “Saya tidak tahu bagaimana mahu ungkapkannya. Tapi, saya sangat bahagia menjadi seorang ibu.

“Apabila keluar bekerja, emak ambil alih jaga anak kami di rumah,” jelas isteri kepada anggota kumpulan R&B Az Yet, Shawn Rivera.

Kerjasama antarabangsa
Dalam pada itu, buat julung kalinya penyanyi berusia 37 tahun itu bakal bergandingan dengan penghibur bertaraf antarabangsa, Stephen Rahman Hughes di Music Of The Night’ An Evening of Favourite Musical And Film Themes Consert dengan iringan Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK).

Katanya, konsert itu menampilkan susunan lagu daripada tema filem dan teater muzikal popular tempatan serta antarabangsa yang dimainkan dalam bentuk okestra.

Antara lagu dipersembahkan ialah lagu tema daripada filem Star Wars, Harry Porter, Pirates Of The Caribbean dan Teater Muzikal Puteri Gunung Ledang.

“Agak gementar juga kerana ini kali pertama saya menjayakan persembahan berkonsep ‘broadway’ seperti ini.

“Apa yang mencabar, saya perlu banyak berlatih kerana teknik vokal lebih tinggi daripada yang biasa dipersembahkan.

“Lontaran suara juga perlu dikawal dengan baik supaya ia sesuai dengan konsep persembahan,” katanya. Music Of The Night, National Symphony Orchestra An Evening Of Favourite Musicals & Film Themes Consert akan berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya pada 19 Disember ini.

Admin Bola

Admin Bola

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.