Breaking News
recent

Ika Nabila Waspada Memilih Tawaran Berlakon Selepas Insiden Ditumbuk

Awal November lalu, kecoh seketika dunia hiburan apabila pelakon yang dicungkil bakat menerusi program Akademi Fantasia musim keenam dipukul dan ditumbuk oleh pengarah, Azma Aizal Yusoof. Akibat dari kejadian itu, sehingga kini pelakon ini masih trauma dan membuat keputusan untuk berehat selama sebulan dari sebarang lakonan.

Ika yang baru ditemui ketika menjayakan sebuah sesi fotografi turut menjelaskan kini dia banyak menghabiskan masa dengan keluarga tersayang. Malah keluarga juga tidak henti menyokong dirinya setelah mengalami trauma dengan kejadian tersebut.

"Saya masih lagi trauma dan membuat keputusan berehat selama sebulan dengan menghabiskan masa bersama keluarga. Meraka akan selalu datang ke Kuala Lumpur dan saya akan mula berlakon bila ada tawaran yang bagus.

"Selepas insiden itu, sememangnya saya lebih berhati-hati dalam memilih tawaran dan apa berlaku saya anggap sejarah hitam sepanjang bergelar anak seni. Selain itu saya juga tidak pernah terdetik untuk berhenti berlakon kerana itu adalah minat saya, tambahan menerima sokongan padu dari keluarga," ujarnya.

Admin Bola

Admin Bola

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.