Breaking News
recent

Giliran Rumah Tangga Fatin Afeefa, Adam Shah Bergolak

Baru sahaja menimang cahaya mata pertama pada Jun lalu, baru-baru ini hati Fatin Afeefa telah terluka gara-gara mesej perbualan di antara suaminya dan wanita lain. Pelakon filem Tentang Bulan ini kemudiannya bertindak memuatnaik screenshot perbualan tersebut ke Instagram.

Melalui perbualan tersebut, dua individu tersebut dilihat sedang merancang untuk berjumpa namun pertemuan dibatalkan kerana hari telah lewat dan juga turut ada sebentuk love emoticon – yang pastinya mencetuskan perasaan terkejut dan marah jika anda buat dan isteri anda baca.

Bagaimanapun, Fatin telah memadam gambar tersebut. Selain itu, Fatin juga memuatnaik gambar kata-kata yang mungkin menggambarkan perasaannya ketika ini. Mungkin juga suami Fatin mempunyai penjelasan lanjut mengenai perkara berkenaan atau mungkin dia tertekan love emoticon itu, manalah kita tahu’kan?

Admin Bola

Admin Bola

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.