Breaking News
recent

Giliran Amy Mastura Pula Perkenalkan Jenama Tudung Sendiri

Trend membuka perniagaan sendiri bukan suatu perkara yang pelik. Tetapi ia suatu perkara untuk jangka masa panjang. Seperti selebriti mereka perlu mencari sesuatu untuk menjadi sadaran di hari tua kelak. Kebanyakkan mereka membuka perniagaan sendiri. Contohnya produk jenama sendiri. Sekadar menyebut beberapa nama seperti Erra Fazira dengan cookies-nya, Anzalna dengan produk syampu, Azza Elite sibuk dengan jubah dan bedak sejuknya.

Terbaru Amy Mastura pula mengikut jejak langkah mereka. Amy telah mengeluarkan jenama tudungnya sendiri. Umum mengetahui Amy telah pun berhijab dan disebabkan itu dia terfikir untuk membuka perniagaan tudung dengan jenama sendiri.

Walau ramai yang bertanya tidakkah dia mahu mempunyai jenamanya sendiri. Amy was-was kerana dia sendiri tidak mahir dalam perniagaan. Namun setelah kenalannya iaitu Ezal dan Alha mendorong Amy untuk membuka perniagaan tudung,barulah dia bersedia.

Amy tidak meletakkan harapan besar dengan perniagaan itu kerana ia baru sahaja di pasaran. Cumanya dia berharap agar ada sambutan daripada peminat untuk koleksi tudung yang diberi nama Amy Mastura By Ezalha.

Mungkin selepas ini Amy akan membesarkan perniagaannya ini, siapa tahu, bukan? Selalunya daripada kecil-kecilan kadang-kadang ia menjadi besar dan memberangsangkan. Semoga perniagaan Amy ini maju jaya.

Admin Bola

Admin Bola

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.