Breaking News
recent

Fouziah Gous Dan Suami Pilih Nama Muhammad Zeeshan Untuk Anak Sulung Mereka

Menerusi laman Instagram miliknya, pelakon dan pengacara jelita, Fouziah Gous memberitahu bahawa nama anak sulungnya ialah Muhammad Zeeshan yang bermaksud kekuatan dan yang terhebat.

Nama tersebut merupakan nama pilihannya bersama suami.

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah baru selesai bertahnik untuk @zhafoujr. Ingin saya kenalkan baby lelaki saya, Muhammad Zeeshan Bin Md Zhafran. Dilahirkan pada 26 November 2015, jam 11.37 pagi di DEMC Specialist Hospital.

Zeeshan yang bermaksud Kekuatan / yang Terhebat – nama pilihan kami,” tulis Fouziah.

Pengacara Nona ini juga turut mengucapkan terima kasih kepada peminat dan juga orang ramai yang tidak henti-henti mendoakan kebaikan buat mereka sekeluarga

Fouziah, 32, mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Md Zafran Md Yusof, 32, pada 21 September 2013.

Admin Bola

Admin Bola

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.