Breaking News
recent

Fathia Dan Aiman Sudah Tiada Apa-Apa Lagi

Pelakon Fathia Latiff, 28, mengesahkan hubungan cintanya dengan Aiman Hakim Ridza, 26, sudah berakhir dua minggu lalu. Biarpun mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga dalam tempoh terdekat, aktres itu menjelaskan dia reda dengan ketentuan Tuhan.

"Biasalah, kita hanya merancang namun segala-galanya ditentukan oleh Allah. Hubungan kami sudah berakhir sejak dua minggu lalu kerana tiada lagi persefahaman.

"Kami pernah berpisah sebelum ini dan cuba untuk menjernihkan keadaan serta memperbaiki kekurangan masing-masing, namun sudah tertulis jodoh kami tidak panjang.

"Semestinya saya inginkan sebuah hubungan yang berakhir dengan ikatan perkahwinan. Begitupun saya reda andai ini takdir kami,"

Pelakon itu yang popular dengan drama bersiri, Dia Isteri Luar Biasa, enggan lagi memanjangkan episod kisah cintanya dan membuat keputusan untuk berpisah secara baik.

Fathia juga memilih untuk memberi fokus kepada kerjaya seni dan menjelaskan dia sesekali tidak akan bermusuh dengan bekas kekasihnya itu. "Saya sendiri tidak mahu orang jelak dengan kisah cinta kami yang tidak berkesudahan.

Cukuplah, itu saja yang boleh saya kongsi buat masa ini. "Lagipun perihal jodoh berada di luar bidang kuasa kita. Namun, kami tetap bersikap profesional dan tidak bermusuh," kata Fathia yang menjadi kekasih kepada artis lelaki berkenaan selama tiga tahun.

Admin Bola

Admin Bola

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.