Breaking News
recent

Farahdhiya Hampir Tarik Diri Gara-gara Hilang Suara

Penyanyi Farahdhiya, 31, mengakui hampir menarik diri daripada meneruskan saingan dalam program fenomena Gegar Vaganza musim kedua (GV2) selepas persembahannya pada konsert peringkat Separuh Akhir dikatakan persembahan yang paling teruk sepanjang pertandingan meskipun sepanjang tujuh konsert mingguan sebelum ini dia merupakan peserta yang konsisten.

Jelasnya, prestasi persembahannya tiba-tiba merosot disebabkan dia mengalami masalah batuk dan sakit tekak. Malah dia sudah pergi berjumpa dua orang pakar dan berhabis banyak wang kerana mahu mengelakkan keadaan menjadi teruk.

Pada konsert yang berlangsung pada Ahad lalu, Farah menyanyikan Kau Kunci Cinta Di Dalam Hatimu, lagu nyanyian asal oleh Ramlah Ram.

"Terus terang saya cakap, jika bukan kerana Datuk Ramli MS (juri tetap) yang memujuk, mungkin saya sudah menarik diri sebelum bertanding.

"Sebenarnya sejak persembahan minggu lalu, saya kerap batuk dan tekak terasa gatal. Saya sudah pergi berjumpa dua orang pakar dan berhabis banyak wang kerana mahu mengelakkan keadaan menjadi teruk.

"Sehari sebelum pertandingan, suara saya semakin pulih dan saya sudah yakin boleh menyanyi dengan baik. Tetapi dugaan berlaku, pada pagi hari persembahan, suara saya hilang terus dan langsung tidak boleh menyanyi," katanya seperti yang dilaporkan Kosmo!

Lebih membuatkan dia bertambah risau, ketika dia cuba berlatih menyanyi di rumah sebelum ke tempat latihan namun malangnya suarannya tidak mencapai nada yang ditetapkan. Justeru dia merasakan tiada gunanya lagi dia meneruskan pertandingan dan tidak mahu memalukan diri sendiri menyanyi dengan suara yang hilang.

Selain Farahdhiya, lima lagi peserta lain yang layak ke final ialah Acong, Siti Nordiana, Nassier Wahab, Ezad Lazim, Haiza bagi merebut hadiah berupa wang tunai RM100,000 yang ditawarkan kepada pemenang utama tajaan Qu Puteh.

Konsert Akhir GV2 bakal berlangsung pada 13 Disember ini di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor dan akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria bermula pukul 9 malam.

Admin Bola

Admin Bola

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.