Breaking News
recent

Beego Terlepas Tuduhan Khalwat

Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini pada Selasa mendapati pelakon Beego dan dua rakannya tidak bersalah atas tuduhan berkhalwat dengan dua wanita di sebuah rumah empat tahun lalu.

Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin dalam keputusannya memerintahkan Beego atau nama sebenarnya, Aszerul Nizam Abdullah, 35, Fikry Zainon, 35, dan Arsli Mior Atan Ahmad, 34, dibebaskan tanpa perlu membela diri selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

Sebelum ini, mereka didakwa berkhalwat dengan dua kenalan wanita iaitu Hadijah Mohamad Mokhar dan Azlina Yazit di Oakleaf Kondominium, Bukit Antarabangsa, Ampang di sini pada jam 6 pagi pada 23 Februari 2011.

Azlina dan Hadijah yang berusia awal 30-an mengaku bersalah pada Mei 2012 atas tuduhan itu dan masing-masing membayar denda berjumlah RM3,000 setiap seorang.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 20(1)(a) bagi lelaki dan Seksyen 20(1)(b) bagi perempuan, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang masing-masing memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya.

Beego diwakili peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan.

Beego telah berkahwin dengan pelakon Linda Hashim pada 8 Jun 2013 dan dikurniakan cahaya mata bernama Jelita Clarissa yang lahir pada 23 April 2014.

Linda dijadual melahirkan anak kedua mereka pada Januari 2016.

Admin Bola

Admin Bola

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.