Breaking News
recent

Anzalna Nasir Bakal Nikah Pada 21 Febuari 2016

Hampir lima tahun mereka bercinta akhirnya pelakon Anzalna Nasir akan disatukan dengan teman lelakinya, Mohamad Hanif Zaki pada 21 Febuari 2016.

Anzalna yang berusia 27 tahun berkata, mereka akan bernikah di Masjid Negara manakala majlis persandingan pula akan berlangsung di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur pada 27 Febuari.

"Alhamdulillah dengan persetujuan dan kesepakatan keluarga Insya-Allah kami akan disatukan sebagai suami isteri pada 21 Febuari depan.

"Sebelum ini bukan tidak mahu beritahu tetapi kerana masih belum tarikh untuk diumumkan kepada peminat," katanya lagi.

Anzalna dan Mohamad Hanif, 27, membuat pengumuman tarikh pernikahan mereka ketika muncul dalam program hiburan Melodi.

Dalam pada itu, Anzalna berkata, untuk perkahwinan itu nanti mereka memilih konsep perkahwinan tradisional dengan sentuhan moden.

Admin Bola

Admin Bola

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.