Breaking News
recent

Sultan Johor Tunai Nazar, Derma RM1 Juta Untuk Rumah Anak Yatim Di Johor

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah akan menderma RM1 juta kepada rumah anak yatim di Johor bagi memenuhi nazarnya susulan kemenangan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) menjulang Piala AFC.

Sultan Ibrahim bertitah bahawa Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut bernazar akan menderma kepada semua masjid di Johor jika pasukan JDT menang pada perlawanan akhir itu.

"Tunku Mahkota Johor kata dia ada bernazar bahawa jika JDT menang, maka dia akan menderma kepada semua masjid di Johor dan saya sendiri pula sudah bernazar untuk menderma sebanyak RM1 juta kepada rumah anak yatim di Johor," titah baginda dalam laman Facebook rasminya sebenarnya tadi.

Sultan Ibrahim bertitah, kejayaan JDT adalah berkat doa semua rakyat Malaysia dan kesungguhan pasukan itu yang bermain bermati-matian hingga ke tiupan wisel terakhir.
Admin Bola

Admin Bola

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.