Breaking News
recent

Polis Cari Njia Dan Mokbiey Susulan Kes Pukul Seorang Remaja Di Kelantan

Polis meminta dua saksi yang dikenali sebagai Mokbiey dan Nija tampil membantu siasatan bersabit rakaman video viral memaparkan aksi sekumpulan wanita membelasah seorang perempuan berusia 22 tahun di Wakaf Mek Zainab, di sini, 15 Oktober lalu.

Mokbiey atau nama sebenarnya, Puteri Nor Shasha Sharmila Zamri, dicari polis bersama seorang lagi rakannya, Nija atau Nur Asniza Che Abdul Aziz yang dipercayai dapat membantu siasatan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, perlakuan mereka di dalam rakaman video berdurasi dua minit 11 saat tersebut dipandang serius berikutan menggunakan kekerasan dengan cara memukul dengan kaki.

“Pihak polis percayai suspek masih berada di negeri ini. Sehubungan itu, kami memohon maklumat dari orang awam yang mengetahui kedudukan suspek supaya menyalurkan maklumat kepada polis,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen, di sini, hari ini.

Pada 30 Oktober lalu, seorang penjual kosmetik atas talian, Nurul Atikah Hanafi, 27, atau Ika mengaku tidak salah atas dua tuduhan iaitu mencederakan dan mencabul kehormatan mangsa dalam kejadian jam 10 pagi itu.

Tertuduh yang mempunyai dua anak berusia sembilan dan tiga tahun itu kemudian dibebaskan selepas menjelaskan jaminan RM7,000, sementara lima lagi suspek yang ditahan sebelum ini, dibebaskan dengan jaminan polis.

Dua lagi saksi berusia 20-an, Mokbiey yang beralamat di Pengkalan Baru, Beris Kubur Besar dan Nija dari Kampung Budi, Tawang, Bachok itu pula masih dicari polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323/324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan cedera.
Admin Bola

Admin Bola

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.