Breaking News
recent

Pemain JDT Diarak Melalui 14 Laluan Malam Ini

JOHOR BAHRU – Sambutan kemenangan Johor Darul Takzim (JDT) malam ini akan melalui 14 laluan sebelum diraikan secara besar-besaran di Dataran Bandaraya, Johor Bahru. ‎

Terdapat perubahan laluan asal bagi bas yang akan membawa para pemain pasukan JDT sempena meraikan kemenangan mereka menjulang Piala AFC 2015, Sabtu lalu. ‎

Laluan terkini tersebut dimuatnaik di laman Facebook Johor Southern Tigers mengajak penyokong Harimau Selatan memeriah perarakan tersebut yang bemula Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin, jam 8 malam. ‎

“Perarakan bermula dari Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos - Bomba Larkin - JPJ Lama - Jalan Tun Razak - City Square - Jalan Wong Ah Fook - Tropical Inn - Jalan Trus - Kotaraya - Jalan Ibrahim – Pusingan U tke Jalan Tun Dr Ismail - Lot 1 - Hospital Sultanah Aminah - U turn depan Gerbang Istana Bukit Serene - Terus ke Dataran Bandaraya (melalui tepi laut) - KFC - Dataran Bandaraya Johor Bahru,”katanya. ‎

Satu majlis penyerahan piala kemenangan akan dijangka bakal disampaikan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kepada Kapten JDT, Mohammad Safiq Rahim. ‎

Difahamkan, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin akan membuat sidang media pada majlis sambutan tersebut. ‎

Pemain JDT dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Changi pada jam 8.40 pagi ini selepas berjaya memenangi perlawanan akhir Piala AFC menentang FC Istiklol di Stadium Central Republican, Tajikistan pada Sabtu lalu.
Admin Bola

Admin Bola

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.